Pada umumnya, daya ingatan seseorang itu akan berkurangan secara beransur-ansur selepas umur 27 tahun. Walau bagaimanapun, beberapa usaha boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan daya ingatan ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan.

Ingatan umpama otot pada tubuh kita. Semakin kita menggunakannya, semakin kuat otot kita. Daya ingatan boleh diperkuatkan dari semasa ke semasa. Kebanyakkan ahli psikologi percaya bahawa daya ingatan perlu dirangsang pada setiap masa. Jika tidak, ia mungkin akan dirosakkan oleh sikap sendiri yang tidak memahami prinsip ingatan. Terdapat banyak teknik untuk memperkukuhkan ingatan.
Pakar-pakar kognitif menggariskan beberapa kaedah bagi menigkatkan daya ingatan, iaitu dengan :
1. Senaman dan aktiviti fizikal (berjalan, jogging, naik tangga) secara rutin
Perkara ini dapat menyihatkan jantung, mengurangkan risiko obesiti dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak.
2. Kurangkan makan
Kajian menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% dapat memori yang lebih baik berbanding sebelumnya. Ini disebabkan pengurangan insulin dihasilkan dan pengurangan protein C-reaktif yang berkait dengan keradangan. Kedua-dua faktor ini dapt memperbaiki daya ingatan.
3. Permainan latih otak
Sudoku, silang kata, dan lain-lain dapat membantu menguatkan daya ingatan dan melambatkan nyanyuk.
4. Atasi kemurungan
Kemurungan yang tidak dapat dikawal boleh menganggu daya ingatan.
5. Senaman mata
Gerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat sebagai senaman mata. Ini dapat mencantumkan dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berkomunikasi dengan baik, maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan.
6. Makan sayuran hijau
Sayuran hijaumerupakan folate yang baik bagi mengurangkan nyanyuk.
7. Berhenti merokok
Perokok mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Alzheimer lebih awal daripada bukan perokok.
8. Tangani apnea tidur
Orang yang mengalami apnea tidur iaitu keadaan yang melibatkan laluan udara tersumbat semasa tidur menyebabkan penafasan terhenti sebentar dan akan menyebabkan keadaan tisu di otak yang menyimpan ingatan akan merosot.

No comments:
Post a Comment