Penetapan matlamat diri dan akademik


Penetapan matlamat ialah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai kerana ia sama penting seperti kemahiran membaca, menulis dan mengira, iaitu kemahiran asas yang diperkenalkan sejak kecil lagi. Malah jika diamati betul-betul, kita boleh menggunakan untuk menguasai apa juga kemahiran lain dan juga merealiasasikan impian, hanya dengan penetapan matlamat yang betul.

Penetapan matlamat diri dan akademik boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART. SMART digunakan bagi membantu individu untuk menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang pembelajaran mahupun hayat. 


          ..S M A R T..

                    S - Specific ,  M - Measurable ,  A - Attainable ,  R - Realistic ,  T - Timely

S = Specifik bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang tertentu dan jelas dengan menjawab kesemua soalan siapa, apa, di mana, bila, bagaimana, dan kenapa. 
M = Matlamat yang ditetapkan mesti boleh diukur.
A = Pencapaian yang realistik, iaitu boleh diperoleh oleh diri individu tersebut. 
R = Matlamat yang realistik, iaitu boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat.
T = Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dengan usaha yang berterusan.

No comments:

Post a Comment