Wednesday, 3 August 2016

Definisi

Definisi Pengurusan

Merujuk kepada beberapa pendapat :-

  • Harold Koontz, 1972
         - Pengurusan merupakan satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.


  • Mary Parker Follet, 1995 (Pelapor pengurusan klasik)
         - Pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.


  • Perspektif Islam
         - Satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai al-falah di dunia dan di akhirat.




Definisi Pembelajaran

Pembelajaran merupakan perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman. Perubahan tingkah laku melalui pembelajaran iaitu lebih tinggi maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran.

Merujuk kepada beberapa pendapat :-


  • Bowerdan Hillgard, 1981
          - Pembelajaran ialah perubahan tingkah laku secara kekal. Pembelajaran mestilah diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan.


  • Fryetal, 2003
          - Pembelajaran merupakan perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatan dalam suatu pengalaman pendidikan.

1 comment:

  1. MGM Resorts Casino & Resort – New Jersey
    MGM 김천 출장안마 Resorts Casino & Resort 동해 출장마사지 is located in New Jersey 대전광역 출장안마 and features 포항 출장마사지 a variety of gambling options including sports betting, bingo, 안양 출장샵 blackjack, bingo,

    ReplyDelete