Pelajar perlulah bijak menguruskan masa agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Sebagai pelajar anda mestilah:
- Agihkan waktu yang cukup untuk tidur, makan, dan rekreasi.
- Menyusun tugas-tugas mengikut keutamaan.
- Luangkan waktu untuk berbincang atau mengulangkaji pelajaran sebelum masuk kelas.
- Sediakan waktu untuk mengulangkaji pelajaran. Ingatlah bahawa anda akan lupa pelajaran tersebut sekiranya pelajaran itu tidak diulang baca dalam tempoh 24jam.
- Jadualkan waktu 50 minit untuk setiap sesi belajar.
- Pilih tempat yang selesa atau tidak mengganggu tumpuan untuk belajar.
- Rancangkan juga "deadline".
- Jadualkan ulangkaji tajuk pelajaran mingguan

No comments:
Post a Comment